Seks?Cinta?Nafsu?Rela?Paksa?!!
hello.. hello.. hello...!!
bertemu lagi dalam rancangan kita kena beb!!.. hahaha..
orite..
Kalian perasan tak satu perkara ni..
mengapa banyak pasangan yang berkahwin kebelakangan ni mengakhiri kehidupan rumahtangga mereka dengan penceraian, kalau dulu pula, ramai yang berkahwin atas pilihan keluarga dan didapati sesetengah mereka tidak bahagia..

mengapa ya..?!



huRm...
ini pendapatku,



.........

Di zaman sekarang, ramai yang memilih teman hidup mengikut pilihan sendiri, dan jarang ada yang memilih pasangan mereka berdasarkan pendapat orang lain. Dahulu pula sebaliknya, banyak pasangan yang berkahwin berdasarkan pilihan ibu bapa mereka..

"jika sudah CINTA.. apa boleh buat.."
itulah penyataan yang sering kali kita dengar melalui persepsi pilihan sendiri, tapi adakah itu benar-benar cinta? atau sekadar tarikan seks semata-mata yang menjadikan kita lupa akan semua. Tidak ramai yang memilih mengikut akal, lebih kepada nafsu.



baiklah..
cuba tanya diri kita sendiri..
apabila kita meminati atau menyukai seseorang itu, pertama-tama sekali apa yang kita lihat pada dirinya..
sudah tentu paras rupanya bukan..?!
ya.. itu adalah naluri biasa manusia. Sebagai contoh, apabila kita terlihat seorang jejaka ataupun wanita yang hensem, cantik, dan bertubuh menarik, pasti kita akan terus terpaku melihat mereka selama beberapa saat.. ini adalah kenyataan.. tarikan seksual terjadi secara tidak sengaja.

"CINTA akan datang selepas kahwin.."
pernyataan ini mungkin kita jarang dengar lagi sekarang.. namun, bolehkah pernyataan ini menjadi realiti, jika perasaan suka itu tidak pernah wujud dalam diri..?



setiap manusia boleh suka dan menerima sesuatu perkara, benda, atau apa pun jika mereka mahu menyukainya dengan rela hati. Paksaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak sebaliknya. Sebagai contoh, apabila keluarga memaksa kita untuk berkahwin mengikut kehendak mereka sedangkan kita masih belum bersedia, pasti penentangan akan berlaku, tidak kira secara sedar ataupun tidak. Tetapi lain pula kalau kita diberi pilihan secara baik untuk menerima atau tidak pasangan yang telah dicalonkan untuk kita. Secara tidak sengaja, rasa belum bersedia boleh menjadi sebaliknya dan perasaan tidak suka boleh menjadi suka, malah mungkin sayang, terpulang kepada keputusan dan kehendak hati.


jadi, apa yang aku cuba sampaikan adalah, kita tidak boleh menilai perasaan cinta itu melalui tarikan seks semata-mata mahupun melalui pendapat dan pemikiran orang lain. Membuat satu keputusan yang terbaik adalah melalui kerelaan diri terhadap keputusan tersebut, tidak kira apa akibatnya, mahupun risiko yang ditanggung. Selain itu, haruslah pandai menilai dan mentafsir sendiri melalui pemikiran logik dan pemikiran emosi dari segala aspek agar seimbang untuk menjamin kebahagiaan yang lebih kekal.pape pun, that's what i call
L i h a t & F i k i r... setuju tak..?! hehehe...





P/s: Akal dan Nafsu = Logik dan Emosi
4 Responses
  1. SasHa Lee Says:

    cinta..bagi aku..aku dah tak larat nak bercinta.. cume aku berdoa..aku jumpe cinta sejati bila jodoh nak smpai.. dari situ aku hanye buat solat istikharah untuk kepastian dari ALlah..


  2. NM. Amalina Says:

    nafsu merelakan cinta paksa tanpa seks.

    eh ayat pe ni.
    hehe.



  3. L&F Says:

    huhu.. cinta..? pe tuh..?!


  • Hey.. ni Aku!!

    My photo
    haha.. hihi.. huhu..

    Pengikut Setia.. hehe..