..eMak iS cALLing..
hye... apa khabar semua.. kalian puasa hari ni..? hehehehe...
haa'...
ni aku ada satu fakta menarik pasal orang yang menyusukan kita masa kecil-kecil dulu.. meh dekat..!
aku nak kongsi bersama kalian ni...


Tahukah kalian panggilan untuk "ibu" diseluruh dunia hampir
kesemuanya mengandungi huruf 'M'.. sebagai contoh:-

MaMa
Mother
uMi
Mak
oMMa
Maa
aM'Ma
MoMMy
uMak

huh.. pelik tak?! kenapa?! dan bagaimana boleh begitu..? apa kaitannya antara huruf 'M' dengan "ibu"..




pape pun, that is what i call
L i h a t & F i k i r...
sebenarnya ada banyak lagi panggilan untuk "ibu" ni, tapi tak dapat la aku nak nyatakan semuanya..
hehe.. yang penting aku sayang mak aku.. kalian bagaimana??!!
Kentut itu Science?!!


Apa kentut itu carbon dioxide atau carbon monoxide..?
mana satu ya...?!





pReEtt!!!!
Makan bara dengan kicap?!


Ramadhan sudah tiba,

puasa jangan buat-buat lupa,
kerana ia kewajipan semua,
umat islam seluruh dunia,
jika sengaja meninggalkan puasa,
ibarat kita memakan bara,
seketul api dari neraka,
sudah cukup membinasa,
nafsu itu sentiasa,
selalu menggoda,
mengajak kita berbuat dosa,
dan lupa mencari pahala,
aku bukan ulama,
cuba menasihati semua,
kita semua sama,
manusia tidak sempurna,
kalau aku juga alpa,
nasihatkan laaaaa...................................theEnd............................


SelamatMenyambutRamadhan............!!






bara merosakkan kulit, kicap mencantikkan kulit... hehehe...
percaya atau tidak that what i call
L i h a t & F i k i r... hahahahaha..........
renung-renungkan dan selamat beramal...!! salam Semua...


H i s t R i a..??!!!!! oWh!! tidak!!!
aAAAAaaaaAAAaaAAAaaAaaaaaaahhh!!!!!!!!!!!!!


Histeria itu sungguh menakutkan..?!!
tidak..!! kalian yang takut dan ketakutan kalian itu menjadikan histeria menakutkan..
mengapa histeria sering terjadi pada perempuan dan jarang sekali pada lelaki? huh!! meh sini aku nak cerita...

dari pandanganku:-
Otak manusia terbahagi kepada tiga bahagian, pertama otak fizikal, kedua otak emosi, dan ketiga otak logikal. Orang lelaki banyak menggunakan otak logikalnya apabila memutuskan suatu keputusan manakala orang perempuan lebih mengutamakan otak emosinya.
Sebagai contoh; -
Apabila kalian ternampak seekor anak kucing comel yang bersendirian kelihatan begitu kasihan, apa yang akan anda lakukan..?!
hampir kesemua lelaki akan membiarkan kucing tersebut kerana secara logiknya, mengapa perlu diambil kucing itu walhal bukan milik kita.. namun, bagi perempuan, apabila perkara seperti ini terjadi, pasti mereka akan seboleh-bolehnya membela dan menjaga haiwan kasihan tersebut kerana emosi menguasai mereka dan memutuskan mereka berbuat demikian.

Jadi disini, apabila dikaji tentang histeria pula.. perempuan lebih mudah terpengaruh dengan phenomena tersebut kerana mereka lebih emosi. kesimpulannya, apabila kalian terperangkap dalam histeria, pastikan fikiran kalian sentiasa berfikir logik.. sebagai contoh:- 1+1=2 atau 1+2=3, logik bukan...? yaa!! mathematic la jawapannya...
pelik atau tidak, that is what i call l i h a t & f i k i r .. histeria itu apa..?!
Lelaki suka BetiK?!! uUmmM..


tahukah kalian.. kaum lelaki suka pada BetiK..?! percaya atau tidak, setelah aku membuat servey di sekitar bukit bintang, kL baru-baru ini, didapati 90% dari 120 responden lelaki yang ditanya mengakui amat menyukai betik.. huh!! macam mana perkara ini boleh terjadi? pelik ye.. pelik atau tidak, that is what i call l i h a t & f i k i r .. tapi kan, klu laki suka betik.. perempuan suka apa..?!!
bangLa JuaL batik?!
Batik...?



Tahukah kalian mengapa ia dipanggil batik?!
kerana... banyak+titik = BATIK, jadi kesimpulannya, ia dipanggil batik kerana memiliki banyak titik di permukaannya.

namun terdapat beberapa pendapat ahli fikir melayu yang mengatakan batik mendapat nama apabila suatu ketika dahulu, terjadinya al-kisah ini ;-
seorang mat bangla yang menjual carpet dari rumah ke rumah di kawasan penempatan kaum melayu yang terdiri dari bangsa jawa, bugis, dan banjar. Mat bangla itu mula kepenatan apabila hari sudah semakin panas, jadi dia pun berhenti la di sebuah rumah yang agak usang.. tuan rumah agak peramah, mat bangla tu pun mintak la segelas air, tidak cukup dengan itu, dia minta pula kain untuk meng lap peluhnya yang agak masam bila dibau. Tuan rumah bagi kain buruk saja yang sering diguna untuk meng lap lantai tandas, dah nama pun kain buruk, sudah tentulah terdapat bintik-bintik hitam atau kulat pada kain itu. Secara tidak sengaja mat bangla itu berkata dengan nada sinis.. "banyak cantik huh!!!", dan terus meninggalkan rumah usang tersebut.. oleh kerana loghat bangla yang tidak begitu difahami oleh tuan rumah, apa yang dikatakan oleh mat bangla tadi didengar lain oleh tuan rumah.. "batik huh!!", sejurus peristiwa itu.. tuan rumah pun memperkenalkan kain batik ini kepada seluruh dunia..

menarik kan..
pelik atau tidak, that is what i call l i h a t & f i k i r ..
banyak ke titik kat batik, huh?
peRah Otak animasi yum..yum..!!



Pening...?

hahaha... inilah dia kuasa minda, aku pasti kalian mesti ada yang sudah pernah tengok benda ni bukan?
tapi bagi yang tidak pernah tengok, cuba lihat gambar ini dengan lebih teliti.. pada mulanya pasti kalian beranggapan ini adalah gambar animasi yang menggunakan format .gif atau .bit ataupun .lol ataupun .dud yang boleh menjadikan gambar ini bergerak, bukan begitu..?
salah..
Biar aku terangkan, ini bukanlah gambar animasi.. mata kalian yang menjadikan gambar itu bergerak..
tidak percaya..?!
untuk menguji kejujuran diriku terhadap kalian dan meningkatkan kepercayaan kalian terhadapku, cuba kalian tenung pada lubang hitam yang terdapat ditengah satu bulatan tidak kiralah bulatan yang mana dalam masa beberapa saat.. bagaimana? segalanya berhenti berpusing!!! ajaibnya..
tetapi apabila anda mengalihkan pandangan anda dari satu bulatan ke bulatan yang lain, bulatan-bulatan di sekeliling akan bergerak secara automatik, pelik huh...?!

pelik atau tidak, that is what i call l i h a t & f i k i r ..
macam-macam bende lagi yang kita tak tahu pasal otak ni, penuh misteri..
yang kita tahu, otak-otak sedap dimakan..
kata-kata aluan ku pada semua
hell!! oww.. everyone..


Dengan begitu susah payah aku meng "edit" menggunakan segala pengetahuan IT yang ada pada diriku, akhirnya berjaya juga aku membina sebuah blog yang indah ini...
Dan kepada kalian semua yang sudi mengintai dan mengkaji blog ku ini, terima kasih banyak-banyak..
blo
g ini berfungsi sebagai pentasku dalam memahami dan mengaplikasikan segala teori dan pendapat tidak kira ianya logik ataupun tidak. Pada sesiapa yang sudi berkongsi topik-topik menarik boleh la mengutarakannya kepadaku dengan menaip ON PENDAPAT (jarakkan) taipkan pendapat kalian dan hantar ke 123456. Mudah je kan.. Segala pendapat atau teori yang kalian sumbangkan adalah amatku hargai.

An
yway, thanks everybody....
  • Hey.. ni Aku!!

    My photo
    haha.. hihi.. huhu..

    Pengikut Setia.. hehe..